Hari ni aku nak cakap pasal dosa. Hmm. Kita sebagai manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Kerana kita tidak sempurna. Kita bukannya maksum seperti Nabi S.A.W. Kan? Means,aku pun pernah juga buat dosa. Hmm. Banyak benda salah aku pernah buat. Terlalu banyak dan bagi aku,setiap dosa yang aku telah lakukan memanglah besar. Hmm. Sebak hati ni bila cakap pasal dosa. Sebab entahlah. Tidak perlulah aku nyatakan dosa-dosa yang aku telah lakukan selama ini. Kerana Allah Ta'ala telah menutupi keaiban diriku. Dan aku tahu,itu tandanya Dia memberi aku peluang untuk berubah. InsyaAllah dan terima kasih Ya Allah Ya Rabb. Alhamdulillah :')
Kadang-kadang apabila terkenang dosa-dosaku yang lampau,mesti aku terfikir,"Ya Allah,hinanya aku ni Ya Allah." "Murkailah hamba-Mu ini Ya Allah." Kadang-kadang apabila berdoa minta segalanya daripada-Nya,mesti suara hati kecilku berkata,"Layakkah hamba-Mu yang hina dan keji ini meminta daripada-Mu ya Allah?" Yeah,sampai macam tu sekali aku fikir. Hmm. Sedih sangat. Terasa malu depan Dia. Terasa malu sangat-sangat. Tetapi,entahlah. Hmm. Hanya kuatkan semangat dan berjanji bahawa kesilapan lampau tak kan berulang lagi. Aku tidak mahu peluang ini pergi menghilang macam tu sahaja. Sukar sebenarnya untuk mendapat petunjuk,hidayah dan juga peluang Allah Ta'ala ini. Aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah melindungi aku.
Kadang-kadang nak je buang semua memori dulu. Tetapi,ye lah. Kesilapan yang lepaslah pengajaran paling berkesan pada diri kita atau pun belajarlah dari kesilapan. So,I'm trying my best. Hmm. Ahhh sedihnya. Rasa hina sangat sekarang ni,Ya Allah. Kadang-kadang pernah tertanya pada diri sendiri,"Kenapa Kau beri aku petunjuk Ya Allah? Bukankah aku hamba-Mu yang hina?" I know,kita patut bersyukur tetapi aku selalu sangat buat dosa. Ya Allah,terima kasih. Ya Allah,Kau memang Maha Pengampun,Lagi Maha Penyayang dan Maha Mengasihi :') Kasih sayang Allah melebihi segala-galanya. Kemaafan Allah tidak pernah terbatas. Subhanallah :')
Alhamdulillah kerana petunjuk-Mu,Ya Allah. Alhamduilillah kerana peluang-Mu,Ya Allah. Alhamdulillah kerana hidayah-Mu,Ya Allah. Alhamdulillah kerana kasih-sayang-Mu,Ya Allah. Alhamdulillah untuk segalanya,Ya Allah. Alhamdulillah :')
No comments:
Post a Comment