Aug 31, 2014

Dah almost a year tak menulis. Is it? I think so. So,yeah. What to write? Come please dear ideassss. Please please.

So,lets start with myself. How am I doing? Well,alhamdulillah. I'm doing good I guess? Hehe. Well,it's true actually. Given a chance to further my studies in USM. I just think that I'm lucky enough sebab you know,tak ramai got the chance so yeah,alhamdulillah :)

Social life? Erm,quite good. Makin ramai kawan kat USM. To be honest,masa kat UiTM dulu I didn't have so many friends like I have right now. Alhamdulillah. Bukan student UiTM sombong ke apa,no no no. My fault actually,kurang yakin nak gaul dengan ramai kot. But now,things are getting better each day. Lagi pun,people in USM sangatlah baik I tell you. My course ramai from STPM tau actually because my course ni kira under sastera. So kalau ramai from STPM,for sure lah dorang setahun tua than me. Tapi sumpah,dorang tak sombong or jetjet macam orang besar semua. Kira masuk air lah juga. Memula macam "errr,should I call you kakak or your name?" camtu,but dorang open. Mungkin tak nak ada gap semua so yeah,I just call their name.

I'm close with this one sweet girl. Girl pertama yang aku kenal masa orentasi. I call her Wa. Until now memang rapat even we are in different major. Tapi kalau jumpa,sure ajak lepak,cerita and gelak sampai tak ingat dunia! hahaha awww I just love her. Since she is a year older than me,sometimes I do call her Kak Yang (Kakak Sayang) and she will call me Dik Yang. Fun and oh yeah,she's Ganu mari! Hihihi

Love life? Erm erm,still single and not available I guess? hahaha k tu jetjet hot blerghhhh. Taklah,it's just am not ready nak get involved dengan lovey thingy ni lagi. Tunggulah lagi setahun dua,ecehh. Never mind,when the right time comes,I will surely find my soul mate. Awwwww hahahah but you know,tadi stalk my latest ex tau (ex dari 2010,call him latest sebab since 2010 until now he is still the last ecewahh). Good to know that now he is living his life happily! Yayyyy,good for you Abdullah :) Dia pun dah ada gf. Dahlah muka sejibik macam dia hahahaha. Orang tua kata jodoh kuat,insyaAllah amin. Tas cakap kat aku yang he's doing his practical in Canada right now. Pehhhhhhhhh I really wanted to further my studies in Canada kalau aku sambung Geology dulu tapi rezeki ke arah Social Science so yeah,never mind. Tapi it's good to see someone you love,happy :) *I've moved on already okay*

K enough with that thing. Oh lagi satu,right now Minda is furthering her studies kat Beijing sana. Jauh gilos I tell you! Dulu kat UPM yang sejengkal dengan rumah,now beribu batu jauh dari rumah hahaha. Eloklah tu,memang tu pun yang dia nak. Cuma ye lah,jumpa dia pun masa cuti je kan T.T sukalah tu jauh dari ahkak~

Rasanya tu sajalah kot? Oh yeah,sukalah anak-anak buah belah papa. Makin besar ni,makin nak melekat dengan Auntie Cer hihihi. Tisya,Mia,Sofea,Cinta dan Hanna :) I love them! Even dulu kalau auntie buat lawak ke,semua macam krik krik auntie. Sampai hati sobsss. Tapi sekarang ni,korang yang datang ke auntie ajak main semua. Awwww auntie sayang semua! Bila boleh dapat jumpa lagi? Sobssss

Okaylah,it's 2 am already. Off to bed. Night and assalamualaikum :)

Selasa/1 Sept 2014/2.00 am

Aug 21, 2013

Terus asa.

Jangan berhenti daripada berusaha,berdoa dan bertawakkal. Bayangkan kau dah berusaha,berdoa macam-macam sampai hari ni tapi kau hampa. Hampa sebab tiada apa-apa keajaiban yang berlaku. Kau rasa semua usaha dan doa yang kau buat selama ini,tidak membuahkan apa-apa hasil. Lalu,pada hari itu juga kau mengutuskan untuk berhenti berharap,berputus asa. Tengok-tengok,telah tercatat oleh-Nya pada keesokan harinya Dia ingin kabulkan semua permintaan kau,semua usaha kau. Sayangnya,kau dah berputus asa sebelum hari esok. Lantas,kau tidak dapat apa-apa. Faham apa yang aku cuba ingin sampaikan?

Harap faham
Konsep ni aku selalu ajar diri aku. Jangan putus asa. Mana tahu esok Allah SWT kabulkan apa yang aku minta,apa yang aku ingin. Walaupun pada hakikatnya,tidak berlaku pada diri aku lagi. Namun,aku percaya dan yakin bahawa hari esok tetap menjanjikan sebuah harapan. Setiap hari,setiap masa,setiap detik,setiap malam sebelum tidur akan terselit sebuah harapan dalam diri aku. Harapan bahawa hari esok,insyaAllah Allah SWT akan jawab segala doa aku. Tanpa jemu berharap. Tanpa lelah menanti. Tanpa berputus asa malah sentiasa berterus asa. Bohong aku cakap kalau aku tak pernah jatuh tapi aku kena bangun balik dan bina kepercayaan serta keyakinan aku terhadap Ya Rabbi semula. Bukan apa,aku cuma takut. Aku takut aku akan melepaskan hari doa aku dijawab oleh Allah SWT begitu sahaja.




-11.59 pm/21st Aug 2013-

Aug 12, 2013

Dop gheti~~~~~

Aku ada opah. Opah aku ada abang. Kiranya itu atok saudara aku lah kan. Lagi senang nak faham,tu pakcik kepada ibu aku lah. So,yang aku musykil sekarang ni kan,apa hukum kalau aku salam atok saudara aku tu? Hmm,entah macam mana tiba-tiba boleh pula terfikir pasal benda ni. Haiya~~~~~~~

Oh yeah,lagi satu soalan. Apa hukumnya kalau aku salam sepupu lelaki belah ibu/ayah aku? Kiranya tu macam pakcik pupu kot? Entah~~~~~~~~ Haihhh musykil musykil~~~~~~~

Jul 29, 2013

Rilek brader brader rilek,...

Kalau tak bahagia,break je lah. Kalau kena layan macam sampah,break je lah. Kalau dia tak hargai kita,break je lah. Kalau dah setiap masa bergaduh,break je lah. Kalau pihak kita je yang makan hati,break je lah. HAHAHAHAHA jahat gila aku ni tapi betullah aku cakap.

Kata cinta itu bahagia tapi kalau dah bergaduh/makan hati semua,tak payahlah. Buang masa je aku cakap. Kalau dah berkahwin,tak apa lah. Ni kalau yang couple ni. Adoiii tolonglah faham~~~ Tak payahlah bazirkan air mata semua untuk seorang lelaki yang belum tentu jadi suami kita. Tak payahlah sakitkan hati/diri sendiri untuk seorang lelaki yang belum tentu jadi Adam kita. Tak payah nak sayang cinta orang lelebih sangat.

Ye,aku tahu. Dulu aku pun pernah lalui juga situasi macam ni. Bertahun-tahun menangis,tak makan,mata bengkak,study merosot semua. Now,bila umur dah menginjak 19 tahun ni,bila ingat balik zaman lampau sure aku gelakkan diri aku sendiri. 'Bijak'nya lahaiii aku ni dulu. Ishhh ishhhhh. Terasa malu kat Allah pun ada tau sebab ye lah,kita ni kalau nangis sebab orang senang je. Kalau nangis sebab dosa kita susah betul. Ini bagi pandangan aku lah.

So,my advice tak payahlah sedih-sedih pasal bf/gf ni. We are still young. Banyak lagi benda penting. Yang penting sekali sayang diri sendiri dulu. Kita ni banyak sangat menzalimi diri kita sendiri dalam kita tak sedar. Macam mana nak sayang orang lain kalau diri sendiri yang dekat sangat ni pun kita tak mampu nak sayang? Again,tu pandangan aku lah~

Lagi satu,bila aku tengok budak sekolah bercinta aku rasa,"Erkkkk,perlu ke semua tu? Muda lagi kot." Tapi aku lupa agaknya. Dulu aku pun macam tu. Masa umur 12 tahun dah mula involve benda-benda macam ni HAHA mungkin itu pandangan orang besar kat aku dulu. Yeah,memalukan betul~~ Sobsssssss

Itu je lah. Apa-apa pun,mohon sayang Allah SWT dahulu. Sayang Rasul,sayang ibu,sayang ibu,sayang ibu dan sayang ayah dulu. Then InsyaAllah something good will come to you :)

Bak kata Che Mat lecturer Phy aku,"Kalau tak tahu,lupakan." Ini sebab Phy kan susah gila soalan dia. So itu tips dia untuk kitorang masa jawab exam/test. Aku naklah ubah sikit. "KALAU TAK BAHAGIA,TINGGALKAN." HUAHUAHUAHUAHUAHUA

Jun 27, 2013

TOO DEEP~

..............................................................

Jun 20, 2013

Muhasabah cinta,..

Assalamualaikum,

Bentuk ujian,lain-lain. Tapi tujuan ujian itu diturunkan,semuanya sama.
Nahh,mohon dengar satu lagu ni. Mungkin boleh kurangkan sedikit rasa sakit,berat yang kita rasa.
Muhasabah Cinta by Edcoustic.


Wasalam :)

May 14, 2013

Hip hip,hooray!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum dan heyyo yo yo!!!!!!!!!! Kikikiki. Kita dah habis asasi dah. Alhamdulillah. Ingat lagi masa awal-awal masuk dulu masa MDS Prof Rozana atau pun kira ketua Pusat Asasi cakaplah,kalau nak habis asasi ni kenalah dapatkan status TAMAT. Rasanyalah. Means,lulus dua-dua sem. Mula-mula cuak juga sebab takut tak lulus tapi alhamdulillah,syukur sangat dapat juga status TAMAT tu. Alhamdulillah :)

Pointer pun dah keluar dah untuk 2nd sem ni. Kalau nak compare kan dengan 1st sem,gpa jauh lagi baik lah dari 2nd sem ni. Result mak jatuh merudum nyah. HAHAHA Teruk aku ni. Mentang-mentang dapat KPT,terus tak appreciate. Ish ish ish. Sebab tu lah aku tak sokong ada free education. Eh? Politik pula? Kehkeh. Bukanlah,aku rasa aku orang macam itu lah. Bila free je,macam buat main-main. Teruk perangai. Sobsss. Okay,off politics.

So,sekarang ni nak menyesal nangis sampai air mata darah pun,tak guna dah. Just you know,learn from it. Aku kena bangun balik dari kejatuhan 2nd sem ni. Erm,since gpa 1st sem pun dah kira okay,so dia kira macam back up untuk cgpa lah. Okaylah cgpa. Not that bad lah. Adalah sikit,tapi tak lebih 3.5 pun. Kikiki. Lagi satu perangai aku yang aku kurang gemar ni kan,aku mudah sangat berpuas hati. Entahlah,dapat apa-apa je boleh je terima dengan puas hati walaupun di mata orang lain macam teruk. Heh,why lah aku macam ni?

Sekarang ni cuti asasi 5 bulan. 5 BULAN NYAH. Mak tak tahu nak buat gapo selama 5 bulan ni. Well,nak kerja tapi tiada transport. Mama papa mana kasi kalau tak ada transport. So,nampaknya kita duduk rumah main masak-masak lah ye dak? Aku sebenarnya hari ni dah 5,6 kali buka email nak check cgpa untuk upu. Tapi tak muncul-muncul. Sabar je lah eden. Oh yeah,tak sabar nak sambung degree. Tak kisahlah course apa-apa pun,aku boleh je telan. Sebab kalau aku pilih,macam susah sikit. So kalau orang main bagi je,aku boleh je terima.

Itu je lah kot. Tak sabar nak sambung degree,tak sabar nak bangkit balik dari kejatuhan asasi. Ececehh. #Inikalilah. Eh eh? HAHAHAHAH

Mar 7, 2013

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.