Aug 21, 2013

Terus asa.

Jangan berhenti daripada berusaha,berdoa dan bertawakkal. Bayangkan kau dah berusaha,berdoa macam-macam sampai hari ni tapi kau hampa. Hampa sebab tiada apa-apa keajaiban yang berlaku. Kau rasa semua usaha dan doa yang kau buat selama ini,tidak membuahkan apa-apa hasil. Lalu,pada hari itu juga kau mengutuskan untuk berhenti berharap,berputus asa. Tengok-tengok,telah tercatat oleh-Nya pada keesokan harinya Dia ingin kabulkan semua permintaan kau,semua usaha kau. Sayangnya,kau dah berputus asa sebelum hari esok. Lantas,kau tidak dapat apa-apa. Faham apa yang aku cuba ingin sampaikan?

Harap faham
Konsep ni aku selalu ajar diri aku. Jangan putus asa. Mana tahu esok Allah SWT kabulkan apa yang aku minta,apa yang aku ingin. Walaupun pada hakikatnya,tidak berlaku pada diri aku lagi. Namun,aku percaya dan yakin bahawa hari esok tetap menjanjikan sebuah harapan. Setiap hari,setiap masa,setiap detik,setiap malam sebelum tidur akan terselit sebuah harapan dalam diri aku. Harapan bahawa hari esok,insyaAllah Allah SWT akan jawab segala doa aku. Tanpa jemu berharap. Tanpa lelah menanti. Tanpa berputus asa malah sentiasa berterus asa. Bohong aku cakap kalau aku tak pernah jatuh tapi aku kena bangun balik dan bina kepercayaan serta keyakinan aku terhadap Ya Rabbi semula. Bukan apa,aku cuma takut. Aku takut aku akan melepaskan hari doa aku dijawab oleh Allah SWT begitu sahaja.




-11.59 pm/21st Aug 2013-

No comments:

Post a Comment