Oh dengarlah lagu ni. Best tau. Dahlah suara Opick ni charming. OKAY CAIR KEJAP!
Selang beberapa hari pula,kematian pati sebelah rumah. By the way,pati ialah nenek dalam bahasa Tamil. Tak silap aku,pati tu dah ada kat sini sejak aku kecil. Dulu aku selalu tengok dia tumbuk sirih. Kadang-kadang,aku, minda and Iman pun tolong tumbukkan juga sirih tu :) Dia ingat nama kitaorang. Tapi sejak beberapa tahun entah,kondisi dia makin teruk sampai dia lumpuh. So,memang dia dah tak keluar rumah. Lebih teruk,dia dah tak kenal orang sangat. Sedih juga. Tapi kena ingatlah,kita ni kan dipinjamkan Allah SWT sementara ke dunia,dan Dia berhak mengambil Hak-Nya balik pada bila-bila masa :') tsk tsk.So,2 kematian ni telah menyedarkan aku. Ajal maut tak kira umur. Bila Dia nak panggil,semua dah memang tercatat di Luh Mahfuz. Memang tak boleh lambat even seminit. Sebenarnya,aku tak kisah cara aku meninggal. Maksudnya,aku meninggal cara lemas ke,dalam tidur ke,dibunuh ke,dirogol ke,kemalangan ke,kerat 18 ke,dibakar ke atau apa-apalah,tapi satu je aku nak. AKU NAK MATI DALAM KEADAAN SEORANG MUSLIMAT YANG BERIMAN :') Itu sahaja.
Aku teringat,cara arwah nenek saudara aku meninggal *Al-Fatihah*. Beliau pergi menghadap Ilahi dalam keadaan tidur. Pada 3 pagi,arwah bangun malam untuk menunaikan solat sunat. Kemudian,arwah tidur. Dalam pukul 5 pagi kot,arwah telah meninggal dunia. Subhanallah. Begitu amalan arwah sebelum arwah menghadap Ilahi. Kemudian,jenazah arwah dibawa ke sekolah Tahfiz di Rembau. Ramai juga yang pelik,kenapakah jenazahnya dibawa ke sana kan. Rupa-rupanya,arwah merupakan salah seorang yang mendirikan dan memberikan dana kepada sekolah itu. Subhanallah. Ramai yang terkejut. Kerana tidak tahu bahawa arwah telah melalukan amal seperti ini. Ketika arwah dimandikan,aku turut menyaksikan. Dengan nama Allah aku katakan,badan arwah nampak seperti putih bercahaya-cahaya. Bersih. Tiada satu pun luka di badan arwah. Subhanallah. Oh lupa,kita sudah dimaklumkan bahawa,orang yang kuat solat ni,pasti ada tanda hitam di dahi dorang kan. Guess what? Di dahi arwah,memang terdapat tanda hitam. Subhanallah. Al-Fatihah :")
Mama aku pernah cerita ketika arwah tok meninggal. *Al-Fatihah*Arwah tok meninggal di rumahnya sendiri. Arwah tok meninggal kerana sakit. Dan ketika arwah tok sedang nazak,terdapat air-air buih keluar dari mulut arwah. Kemudian,anak-anak arwah termasuk mama ku,tolong lapkan buih tersebut. Setelah kembali daripada mengebumikan jenazah,rumah tu berbau harum. Ramailah macam pelikkan dan cari bau apa yang wangi tu. Then,semuanya macam hidu-hidu. Then terjumpa dari kain-kain. Tahu tak itu kain apa? Itu kain-kain yang telah digunakan untuk lap kan buih-buih yang telah keluar dari mulut arwah tok ku. Subhanallah. Al-Fatihah.
Aku yang dengar macam rasa terpegun pun ada. Kalau kita dekat dunia dah jadi baik,masa kita mati nanti pun,Allah SWT akan beri kita nikmat. Aku cerita ni bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tetapi sebagai pengajaran :') Dengar cerita pasal mati ni,sebenarnya best tau. Sebab banyak tauladan yang kita boleh ambil :)
*sorry post terpanjang :)
No comments:
Post a Comment