Ya Allah Ya Tuhanku. Lagi berapa hari je nak masuk bulan March dah. Well,budak-budak SPM batch '94 sure dah macam cacing kepanasan sekarang ni. Ye lah. Bulan March bulan result keluarkan?
Makin dekat,makin takut. Makin banyak benda-benda buruk kat dalam fikiran aku ni. Macam-macam aku rasa. Aku rasa aku dapat result busuk gila. Ya Allah. Bila fikir pasal ni,kenapa hati aku rasa sesak? Sumpah. Sekarang ni aku rasa sakit sangat kat hati ni bila memikirkan pasal keputusan.
Honestly aku rasa,aku boleh dapat below 5 As je. Hmm. Aku tak kisah berapa A aku akan dapat. Aku hanya kisahkan perasaan ibu dan ayah ku. Itu sahaja. Kalau mereka boleh gembira,maknanya aku dah berjaya dalam SPM. Kalau mereka sedih,maknanya aku dah gagal dalam SPM.
Ya Allah. Andai ditakdirkan result aku akan buruk,Kau kuatkanlah hati kedua ibu ayah ku. Redhailah mereka dan seterusnya,gembirakanlah mereka dengan ketentuan-Mu ini. Amin Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment