May 18, 2012

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak update blog. Lama gila. Bukan apa,tak tahu nak tulis apa kat sini. Hewhew. Now,idea datang. Tadi baca kat fb pasal ciri lelaki yang layak dijadikan suami. So,aku pun terfikirlah nak tulis pasal ciri lelaki yang aku senang tertarik. Hewhew. Post kali ni agak miang sikit sebab pasal lelaki. So sesiapa yang geli geleman,sila blah sekarang.

Actually,aku tak adalah memilih sangat. Cewahhhh! Sebab sedar diri yang tak seberapa ni kan :) Tapi,ciri yang I'm gonna list down ni,kalau aku dapat,Alhamdulillah. Kalau tidak,it's okay. Allah knows best :) Btw,ciri ni memang tak ada kena mengena dengan perihal agama tau sebab itu wajib ada. So,list ni bawah ni kira macam bonuslah :)

1. Kelakar.

Yang ni memang aku suka. Aku suka lelaki yang kelakar gila. Yang pandai buat lawak. Sebab aku suka gelak. HAHAHAHA Serious,aku rasa lelaki yang kelakar ni,dia nampak terlebih handsome. Mungkin sebab dia asyik gelak dan ketawa,so in the same time mengekalkan awet muda kat dia. Bagi aku lah.:)

2. Banyak cakap.

Yang ni pun kira bonus. Sebab aku sorang yang suka bercakap,jadi I need someone to talk to. Bukan cakap pasal perihal kami berdua je. Itu bosanlah juga -_- I mean,boleh cakap pasal everything. Contohnyalah,dia cerita pasal makcik dia ke,dia cerita pasal jiran dia. Tak kisahlah,at least dia boleh share benda yang remeh macam tu kat aku. Sebab for me,benda tu nampak tersangatlah comel :3

3. Badan berisi.

Ye,aku suka lelaki badan berisi. Berisi ni antara kurus and gemuk. Yeah,I love that! <3 Tak tahulah. Ramai girl suka lelaki yang tough,kurus. But me,berisi. I don't know why. Mungkin sebab nampak smart kot? Entah. Atau pun mungkin sebab aku pun berisi juga. HAHAH Gurau gurau. Tapi berisi pun kira bonus jugalah. Sebab nampak smart :D

4. Sawo matang.

Aku suka lelaki yang warna kulit dia sawo matang. Warna kulit tu ala-ala melayu asli. I love it so much. Bukan yang putih melepak and gelap sangat. Just warna dia sawo matang. Teheeee :3

5. Berjerawat sikit.

Maksud aku disini,his pimples are not that much. Sikit-sikit je. Faham kan? Sebab satu hari tu,aku pergi mana entah,aku ternampak this guy,pipi dia ada pimples. Tak banyak,tapi still boleh nampak. I swear,pimples dia buat dia nampak macho dan kacak. Eiii,kita macam tertarik sikitlah :3

6. Pandai main piano.

Yayyyy!!!!!!!!!! :D Ini memang harap sangatlah aku dapat suami pandai main piano. Eh? :p AHAH cair kot tengok lelaki main piano. Sebab jari pianist kan lawa gila. Dan ye,aku mudah cair tengok jari orang. Don't know why.

7. Cat lover <3

For me,a guy who loves cats so much is adorable. Boleh nampak sifat dia yang lembut. Bayangkan lelaki yang suka and layan kucing dengan baik ni,macam mana agaknya dia layan baby. Sure lagi adorable kan :3 Lagi pun,kita ni pencinta kucing juga. Hewhew :D

8. MU's fan.

People knows that I love MU so much. So,if dapat guy yang loves MU too,would be awesome. Sebab,if dapat yang anti MU,sure aku bergaduh dengan dia sebab bola. Lagi buat aku sakit hati. So,aku agak kurang sikitlah. Hmm :)

9. A gamer.

Yeah,ini pun okaylah. Aku rasa lelaki yang suka main game ni,comel. HAHA tapi sure rasa macam tersisihkan. Tapi bagi aku,err okaylah juga :D Dan couple yang selalu main game sama-sama,and then bergaduh if salah sorang kalah,tersangatlah comel. :)

10. Blogger/Tumblr guy!

*Speechless* Lelaki yang ada blog/tumblr for me,tak ramai. Bagi aku,lelaki yang ada salah satu benda ni nampak cool. Entahlah,contoh macam Tumlbr kan. Lagi-lagi dia reblog pasal babies ke,kucing ke,Islamic quotes ke,love quotes ke,macam boleh nampak tau dia ni macam lembut. I mean,dari situ boleh tahu dia ni orang macam mana. So,best juga if ada lelaki yang macam tu. <3

11. Taip ayat baku/hampir-hampir.

Means,bukan jenis yang tYp3 CaMniewwwwwwwwwww. Euwww,me dislike it so much! Kalau baku lagi woww. Sebab macam tarik perhatian aku. IF hampir-hampir baku pun,not bad. Kalau taip yang short form,okaylah. Tapi short form yang senang baca dan faham. Tulisan yang macam euwww euwww tu,sorry. Kurang gemar. Heh -_-


Itu je lah kot. Kalau ada,aku akan tambah lagilah. Btw,orang sure fikir,"Ceria ni,nak lelaki macam ni. Tak nak ke lelaki yang caring ke,bertanggungjawab ke,romantik ke." Aduhaiiii. Listen,kalau lelaki tu dah cukup ilmu agama,InsyaAllah,akhlak dia yang lain pasti baik. Yang benda aku taip kat atas tadi ni,kira macam extra lah. Duhhhhh -_- Tak dapat pun,aku tak kisahlah. Of courselah nak yang beriman,penyayang,penyabar. Trust me. Semua nilai murni yang kita ada belajar dalam Komsas memanglah aku nak. Tapi ni kira sampingan je.

Lagi satu,manusia tiada yang perfect. Aku tak nak lelaki yang perfect. Aku nak lelaki yang tidak perfect. Sebab nanti,kekurangan aku dan dia akan mem-perfect-kan hubungan kami berdua. Hewhewhew. Eh?!?!!! :D

No comments:

Post a Comment