Sep 23, 2012

Polis bantuan garang.

Satu pagi Isnin yang hening lagi indah lagi mendamaikan.

Polis A : Hey hey. Mana sticker kamu?
Aku : Ha? Sticker tu apa?
Polis A : Kad matrikslah. Mana mana?
Aku : Ohhh errr,ada. Dalam purse.
Polis A : Keluarkan dan pakai.
Aku : Err,tak ada tali. Hehehe.
Polis A : Tak ada tali? Ha,kau pergi sana.
Aku : Err,okay.

Polis B : Kau ni nak apa?
Aku : Tak pakai kad matriks.
Polis B : Erm,meh sini kad matriks kau.
Aku : *hulur*
Polis B : Kau ni budak Asasi kan?
Aku : A'ah.
Polis B : Asal kau tak gantung kad ni?
Aku : Bukan,dulu saya selalu pakai. Tapi,........
Polis B : Itu dulu. Bukan hari ni. Ishhh.
Aku : Iye,ada sebab.
Polis B : Sebab ada?
Aku : Sebabbbbbbbb,ahhh biar je lah. Hehehe.
Polis B : Kau nak pakai kad ni bila?
Aku : Esoklah.
Polis B : Bagus. Esok pakai tapi hari ni kau kena saman dulu tau. *senyum perli*
Aku : HAHAHA kena samanlah ni?
Polis B : Iye lah.
Aku : Oh hehehe. Okay.
Polis B : Kau ni,baru asasi dah buat hal. Nahhhh *hulur saman*
Aku : Hehehehe. *terima dan sengih macam kerang busuk*



HAHAHAH What a great experience ever! Aku tak tahu kenapa aku tak melenting bila kena saman atau apa. Aku ke kelas,siap tahan gelak je. Aku rasa benda ni kelakar. Aku tiada lesen,tetapi aku dah kena saman. Hebat tak? Ececehhhhhhhhhhh. Okaylah,itu je nak story. Berfaedah jua post aku kali ni. Daaaaaaaaaa.


*harap harap saman tak lebih RM 20. Kalau lebih,matilah aku tahan makan TT"

No comments:

Post a Comment