Mar 20, 2012

Result day. (part 1)

So sekarang ni pukul 7.37 am dan hari ni hari Rabu bersamaan dengan 21st March. Maknanya apa? Maknanya hari ni ialah result day. Yayyy -_- Okay,straight to the point. Actually aku tak yakin dan rasa aku bisa dapat keputusan yang cemerlang,gemilang dan terbilang. -__- Okay sorry sebab hari ni aku agak annoying. Aku rasa cuak sebenarnya ni! HAHA K diam.

Okay,aku serious kali ni. Aku memang tak yakin langsung dengan result aku dapat nanti. Even Minda ada cakap something yang boleh legakan hati aku tapi sebenarnya tak pun. Haihhh. Aku tak berani nak yakin sangat sebab karang if dapat yang teruk,aku yang akan merana bagai. Hmm.

Bila fikirkan balik,pasti ada hikmah kalau kita tak berjaya lagi. Hikmah terbesar lagi indah ialah Allah SWT tidak ingin kita menjadi lupa diri. Allah SWT masih ingin kita merayu dan memohon segala-galanya daripada Dia. Jadi,jikalau kita lupa diri,sudah pasti kita akan lupakan Allah SWT juga. Jadi sebelum kita jadi manusia bongkak,awal-awal lagi Allah SWT akan lindungi kita dan tarik kita kepada Dia. Subhanallah. :) Jadi,aku lagi rela dapat result yang kurang elok daripada aku jadi manusia yang lupa diri. Nauzubillah Minzalik. Minta jauh,insyaAllah.

Niat aku untuk score bukanlah untuk kepuasan diri aku,untuk tunjuk hebat kat orang. Demi Allah tidak. Aku lakukan ini semua untuk ibu bapa ku. Aku rasa terharu melihat pengorbanan mereka selama mereka membesarkan aku. Ye,aku tahu itu tanggungjawab mereka. Tapi tidak salahkan jikalau aku ingin membalas jasa mereka? :) Dan juga untuk guru-guru. Tak kiralah guru disekolah,mahu pun di tuisyen. Sememangnya,jikalau aku berjaya,ini semua adalah kerana mereka. Seandainya aku gagal, salahkanlah diri aku. Ini kerana,aku tidak menghargai jasa mereka semua. Ibu bapa ku,guru-guru ku merupakan manusia yang berjaya.

Jadi,aku akan redha dengan segalanya. Aku tahu,Allah itu tidak kejam. Aku percaya dengan Qada' dan Qadar nya. Pasti ada hikmah. :) Seandainya aku berjaya,Alhamdulillah. Seandainya tidak,tidak mengapa. Pasti bukan rezeki aku lagi. InsyaAllah Amin.




pssttt : Lepas dapat result nanti,aku akan update lagi. InsyaAllah,stay tuned :) xxx

No comments:

Post a Comment