Mar 21, 2012

Result day. (part 2)

First of all,alhamdulillah atas nikmat Allah SWT ni. Alhamdulillah kerana diberi kelancaran bagi membahagiakan kedua ibu bapa ku. Alhamdulillah Ya Rabb. :) Result aku memberansangkan. Alhamdulillah. Setimpal dengan usaha aku selama ni. Syukur :) Walaupun tidak straight,but still I'm happy with it.

I've to admit,SPM memang susah. Susah nak score. Susah sangat. Tetapi tiada benda yang mustahil kan :) Aku pun happy juga dengan result kawan-kawan aku. Ini bukan pasal berapa banyak A tau. Ni pasal berapa banyak peningkatan :) Itu baru betul dan merupakan satu kejayaan :)

Tetapi ada sahaja dugaan semalam. Hp ku rosak. Jadi minta maaf sebab tak dapat nak balas sms betul betul. Tak dapat nak call semua. Aku takut orang anggap aku sombong je. Hmm. Harap harap tidak. Aku rasa agak sedih sebab tak dapat wish kawan kawan and cousins tahniah semua. Hp ku rosak dan sekarang hp ku sudah dihantar ke Sony.

So aku tak tahu nak buat apa lepas ni. HAHA InsyaAllah aku akan buat istikharah. Minta petunjuk dari Yang Maha Esa. Ini semua datang daripada-Nya. Allah SWT Maha Mengetahui. Jadi aku redha dengan segala ketentuan-Nya. Siapalah aku nak mempertikaikan peraturan-Nya. Kerana Dia ialah Pencipta ku. Jadi Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri ku :)

Happy sangat sebab semalam mama suapkan aku makan nasi :') Hehe. Alhamdulillah. Itu saja sudah mencukupi buat aku. Melihat mama nangis,papa tersenyum lebar cukup membuat aku memanjat kesyukuran kepada Ilahi. :') Oh yeah. Bibi dengan aku dapat result sama. Then dia cakap,"Berkat duduk sebelah-sebelah sampai result pun sama. HAHA" K,itu lawak kot. :D

Apa-apa pun. Thanks kepada yang wish tahniah semua. :) May Allah SWT bless you forever. InsyaAllah Amin. Sekian,assalamualaikum wbt :) xxxx

No comments:

Post a Comment