Oct 19, 2012

Khabar gembira untuk mereka yang sedang berdukacita,

Imam Al-Ghazali mengingatkan :

Pabila kamu mendapati takdir Allah SWT senantiasa tidak menyebelahimu pada kenikmatan dunia,dan terlampau banyak penderitaan dan bala bencana yang ditanggung,ketahuilah bahawasanya kamu mulia di sisiNya. Kamu punyai status yang istimewa di sisiNya. Sesungguhnya Allah SWT pada ketika itu sedang meletakkan kamu di atas jalan wali-waliNya dan hamba-hambaNya yang terpilih. Dan Allah SWT senantiasa melihat kamu ketika itu. Tidakkah kamu pernah mendengar ayat Al-Quran yang bermaksud :

Sabarlah dengan ketentuan Tuhanmu kerana 
dikau senantiasa dalam pemerhatian dan pengawasan Kami.



Allah SWT itu tidak kejam. Tetapi manusia  je yang suka berburuk sangka dengan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment